Tuesday, April 7, 2009

alangkah tabahnya hati seorang isteri

Selepas sessi persekolahan tadi aku bersama-sama guru2 di bawah unit kebajikan guru dan staf , pergi menziarahi suami kepada salah seorang guru sekolahku.Suaminya juga seorang guru..kini terlantar akibat penyakit kencing manis pada usia yg agak muda...semoga dengan sedikit sumbangan drp pihak kami dapat meringankan beban beliau.. yang penting beliau rasa dirinya dihargai dan mendapat perhatian daripada kami semua..apa yg aku nak coretkan di sini ialah aku sgt kagum melihat ketabahan yang ada pada diri beliau. ku lihat riak wajahnya yg sentiasa senyum,tidak pernah menunjukan perasaan susah hati,sedih,putua asa,gelisah w/pun ku tahu disebalik senyuman itu terpendam perasaan yg haanya allah saja yg tahu..harapan disandarkan hanya kepada Allah Yg Maha Kaya..kami semua mendoakan smg dirimu terus diberi kekuatan,ketabahan dan ketenangan..
sebelum ni suaminya ditahan di wad. beliau yg menjaga suaminya setiap waktu..dgn tidur yg tidak menentu, rehat yg tidak cukup beliau mampu hadir ke sekolah dengan wajah yang sentiasa senyum. Sudah 6 bulan beliau menghadapi keadaan sebegini..Begitulah…apabila hati redha dengan taqdir Ilahi mereka lalui ujian ini tanpa mengeluh walaupun sedikit. Ternyata keikhlasan di hatinya yg sanggup mengorbankan masa,tenaga dan harta demi suami tercinta…semoga Allah menjanjikan syurga untukmu….Amiiin


1 comments:

FirJah said...

Tabahnya dia.. tak terbayang kalau jadi kat kita mcmana ..nauzubillah...
moga dia sentiasa tabah...