Sunday, November 22, 2009

SELAMAT BERCUTI

CUTI PERSEKOLAHAN AKHIR TAHUN 2009

selamat bercuti diucapkan kepada warga pendidik.
semoga prestasi tahun ini lebih baik drp tahun lepas.
semoga ilmu yang dicurahkan diberkati Allah dan bermanfaat kepada anak bangsa.




Wednesday, April 15, 2009



selamat hari lahir

DI UCAPKAN KEPADA

1) M.TAM TON (08.04)
2)M.SU WAFA (12.04)
3) BABY HANIF (13.04)
4)ABANG LONG FAIZ HAKIMI (16.04)
5) M.NGAH FARISHANA (19.04)
6) AUFA (23.04)

semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan bahagia selalu

AL-FATIHAH ..................

BUAT BAPA SAUDARAKU.....
ABD. RAHMAN B HJ MUHAMMAD
SEMOGA ROHNYA DICUCURI RAHMAT DAN DIMASUKKAN DALAM GOLONGAN ORANG-ORANG SOLEH....SEMOGA SYURGA MENANTIMU DI SANA...AMIIIN


Tuesday, April 7, 2009

alangkah tabahnya hati seorang isteri

Selepas sessi persekolahan tadi aku bersama-sama guru2 di bawah unit kebajikan guru dan staf , pergi menziarahi suami kepada salah seorang guru sekolahku.Suaminya juga seorang guru..kini terlantar akibat penyakit kencing manis pada usia yg agak muda...semoga dengan sedikit sumbangan drp pihak kami dapat meringankan beban beliau.. yang penting beliau rasa dirinya dihargai dan mendapat perhatian daripada kami semua..apa yg aku nak coretkan di sini ialah aku sgt kagum melihat ketabahan yang ada pada diri beliau. ku lihat riak wajahnya yg sentiasa senyum,tidak pernah menunjukan perasaan susah hati,sedih,putua asa,gelisah w/pun ku tahu disebalik senyuman itu terpendam perasaan yg haanya allah saja yg tahu..harapan disandarkan hanya kepada Allah Yg Maha Kaya..kami semua mendoakan smg dirimu terus diberi kekuatan,ketabahan dan ketenangan..
sebelum ni suaminya ditahan di wad. beliau yg menjaga suaminya setiap waktu..dgn tidur yg tidak menentu, rehat yg tidak cukup beliau mampu hadir ke sekolah dengan wajah yang sentiasa senyum. Sudah 6 bulan beliau menghadapi keadaan sebegini..Begitulah…apabila hati redha dengan taqdir Ilahi mereka lalui ujian ini tanpa mengeluh walaupun sedikit. Ternyata keikhlasan di hatinya yg sanggup mengorbankan masa,tenaga dan harta demi suami tercinta…semoga Allah menjanjikan syurga untukmu….Amiiin


aduh kasihan

pada minggu ini aku bertugas disekolah.sudah lama aku tidak berucap di perhimpunan pagi.aku membuat persediaan yg agak rapi tapi aku kurang berpuas hati setelah selesai berucap w/pun guru-guru mengucap tahniah padaku.aku rasa aras ucapanku agak tinggi kurang sesuai dengan murid.anyway aku kena banyak belajar lg dalam syarahan umum ini supaya si pendengar faham dgn jelas apa yg kita nk sampaikan....
pada hari pertama aku bertugas ada seorang murid sakit perut..murid ni tidak mahu pergi ke bilik sakit mcmana pn dia nk balik rumah.nak tak nak aku kena pergi hantar si dia balik. nk jd cerita hari ni aku datang ke sekolah dgn motosikal saja.oleh kerana guru2 lain ada kelas jd aku juga terpaksa hantar si dia dgn kenderaan dua tayar KBS 2118.
murid ini seorang murid yang baik.murid yang pendiam,sederhana dalam pelajaran tetapi sentiasa berpakaian kemas dan bersih.rumahnya tidak jauh dengan sekolah lebih kurang 5km.dalam perjalanan kulihat rumah2 dalam kampung itu agak besar dan cantik. apabila sampai di rumahnya aku bertanya sekali lg "ini rumah kamu?"aku agak tidak percaya yang itu rumahnya kerana rumah itu agak kecil dan dhoif. aku sgt belas melihat keadaan rumahnya yang agak kurang selesa..rumah kayu yg agak usang..tangga yang tinggi..melihat pula yang ibunya sarat mengandung...aduhh!!! sungguh menyentuh hati...tapi melihat kepada pakaiannya tidak menunjukkan dia seorang murid miskin.dalam kehidupan zaman sekarang,jarang2 sekali ku lihat rumah seperti itu..ku doakan agar dia berjaya pada suatu hati nanti dan dapat mengubah nasib keluarganya.

Friday, April 3, 2009

:: TAHNIAH teristimewa utk Pak Lang & Mak Lang ::

Assalamualaikum semua ...

Lama bebenornya saya tidak mengupdate blog ni...
Melayan si puteri aufa yang semakin membesar & bertambah2 ragam & kelakunya membuatkan saya tidak mampu utk mengupdate blog ni..
tambah pula dgn kerja2 & tanggungjawab saya utk mendidik anak bangsa... menambahkan lagi kekangan masa dlm diri saya...

so.. utk entry kali ni special utk Pak Lang Fikri & Mak Lang Fiza...
TAHNIAH atas kehadiran Puteri Sulung yang telah diberi nama NURUL AIN FARHANA...
best la aufa bertambah sepupu.. nnti raya mesti bertambah ceria umah tok wan kasim & tok fitah sbb cucu dah bertambah tahun ni..
TAHNIAH jugak yer utk Tok Fitah & Tok Wan Kasim...



Doa dari Mak Teh, Pak Teh & Aufa moga Farhana membesar dengan sihat, dan akan menjadi permata hati yang solehah, sentiasa menyayangi & disayangi...

ok.. setakat ini dulu... tata...

Monday, March 16, 2009

:: Selamat Bercuti ::

Selamat Bercuti untuk semua pendidik...
sama2 kita manfaatkan cuti kali ini...