Photobucket

Tuesday, April 7, 2009

aduh kasihan

pada minggu ini aku bertugas disekolah.sudah lama aku tidak berucap di perhimpunan pagi.aku membuat persediaan yg agak rapi tapi aku kurang berpuas hati setelah selesai berucap w/pun guru-guru mengucap tahniah padaku.aku rasa aras ucapanku agak tinggi kurang sesuai dengan murid.anyway aku kena banyak belajar lg dalam syarahan umum ini supaya si pendengar faham dgn jelas apa yg kita nk sampaikan....
pada hari pertama aku bertugas ada seorang murid sakit perut..murid ni tidak mahu pergi ke bilik sakit mcmana pn dia nk balik rumah.nak tak nak aku kena pergi hantar si dia balik. nk jd cerita hari ni aku datang ke sekolah dgn motosikal saja.oleh kerana guru2 lain ada kelas jd aku juga terpaksa hantar si dia dgn kenderaan dua tayar KBS 2118.
murid ini seorang murid yang baik.murid yang pendiam,sederhana dalam pelajaran tetapi sentiasa berpakaian kemas dan bersih.rumahnya tidak jauh dengan sekolah lebih kurang 5km.dalam perjalanan kulihat rumah2 dalam kampung itu agak besar dan cantik. apabila sampai di rumahnya aku bertanya sekali lg "ini rumah kamu?"aku agak tidak percaya yang itu rumahnya kerana rumah itu agak kecil dan dhoif. aku sgt belas melihat keadaan rumahnya yang agak kurang selesa..rumah kayu yg agak usang..tangga yang tinggi..melihat pula yang ibunya sarat mengandung...aduhh!!! sungguh menyentuh hati...tapi melihat kepada pakaiannya tidak menunjukkan dia seorang murid miskin.dalam kehidupan zaman sekarang,jarang2 sekali ku lihat rumah seperti itu..ku doakan agar dia berjaya pada suatu hati nanti dan dapat mengubah nasib keluarganya.

0 comments: